Monday, 6 June 2011

baca dgn hati bukan dgn perasaan

- dalam satu kisah pcintaan yg indah, dlm cuaca yg redup,

Sepasang kekasih singgah di tepi sebuah pantai. Kemudian mereka duduk bhadapan pantai yg mbiru
.










Sdg si gadis bpangku di bahu kekasih nya, kekasih nya pn btanya...

M : sayang.. Awk btl2 cintakan abg kn. Mgapa awk cinta kn abg??

L : sy tdk blh mnerangkn sb nya, namun bgitu sy mmg cintakan abg! Myayangi abg!

M : syg tak blh terangkn sbbny? Bgaimana awk blh katakn awk syg abg? Sdgkn awk tak dpt mnerangkan nya..

L : betul! Sy tak tahu sbbnya tp sy blh buktikan. Mmg sy cintakan abg!

M : tak blh beri bukti ! Abg nk awk terangkn. Kwn2 abg y lain mpunyai isteri & teman y dh menerangkn mgapa mereka mcintai dlm bntok puisi & syair lg. Namun knp syg tak blh trgkn sbbny??!

L : gadis itu menarik nafas pjg& bkata. Baiklah. Sy mcintai abg krna abg sweet, bsuara lembut, pyayang & mgingati sy slalu. Sy suka kn senyuman manis abg. Setiap tapak abg mlangkah, di c2 lah cinta sy bsama abg!

Lelaki 2pn tsenyum & bpuas hati dgn pnjelasan kekasih nya.

Selang bbrapa hr, Kekasih gadis itu dtimpa kemalangan & koma. Si Gadis tramat bsedih & menulis spucuk surat kpd kekasih y dcintainya lalu dltk kn d sblh katil kekasih nya di hospital. 

Surat itu mgandungi.....

Sayang!
Jika dsbbkan suara aku mcintaimu,
skrg blh kah kau bsuara?
Tidak! Oleh itu aku tdk blh mcintaimu!

Jika dsbbkn ksh syg & ingatan aku mcintaimu,
skrg blh kah kau menunjuk kn nya?
Tdk!
Oleh itu aku tdk blh mcintaimu!

Jika dsbbkan senyuman mu aku mcintaimu,
blh kah kau tsenyum skrg?
Tdk! Oleh 2 aku tdk mcintaimu!

Jika dsbbkn stiap langkah mu aku mcintai mu, skrg blh kah kau mlangkah? Tdk!
Oleh 2 aku tdk blh mcintai mu! 

Jika cinta mmerlukan sbbnya spti skrg, aku tdk mpunyai sbb utk mcintaimu lg!

Adkh cinta memerlukn sbb? Tidak!
Aku msh mcintaimu syg. Dulu, kini, skrg, esok & smp bila2. Cinta tak perlu kn sbb. Kdgkala pkara trindah di dunia tdk blh dlihat & dpgang namun bgitu ia blh dirasai dlm hati..... 

Tinggal lah gadis itu trus menunggu saat kekasih nya sedar dr koma.....








Saper yang lahir pada tahun 80`an mesti ingat mase skola rendah dulu :)



  • kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
  • kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm….
  • pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
  • main lwn pemadam yang ada gambar bendera negara2, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar, utk padam!
  • pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.
  • Papan hitam menggunakan kapur yg giler babeng nyer berabuk. Pastu sapa bertugas kene ketuk duster kat tepi koridor. habis klas bawah2 sume berabuk.
  • bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. Rotan siap terbelah pastu cikgu ikat ngan rubberband.
  • time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Pastu ada main tanah liat. buat pasu dari botol terbuang. kasi
    letak tanah liat, jadi cantik. Pastu berhabuk..
  • Beg skolah masing2 umpama nak pegi camping. Sampai masuk berita sebab beg galas bebankan pelajar.
  • Zaman ni gak ada alam dan manusia sebagai subject. Lepas tu di ganti ngan kajian tempatan.
  • balik skolah main bola chapping.. Pakai bola tenis susun selipar. kadang2 men baling pakai selipar.
  • Gasing, layang2, tutup botol, othello, dam ular, mainan kita.
  • main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Time tu sapa ada sega dikira dewa. Tapi sapa ada sega pun ada game sonic jek.. main tu je la ulang2.
  • jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. Kaler biru, ijau itam, cekelat.
  • takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…
  • balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
  • Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…
  • Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban, Dash yankuro, tomato man dan mcm lg. Ramai jek ponteng skolah agama sebab nak usha citer2 ni.
  • Time darjah satu atau dua, skolah kebangsaan, laki pakai suar pendek biru gelap pastu time tu tak reti pakai spender.. paham2 la ek apa jadi? Pastu kerajaan tukar sume pakai suar panjang.. appropriate sket
  • Roller blade menjadi kegilaan budak2. Hampir tiap2 petang kedengaran bunyik tayar rollerblade kat jalan raya.
  • Komputer mula diperkenalkan dlm tahun 1994 kot. Time tu ada tempat disket besar gile.
  • Telepon bapak kita besar gedabak, pastu bapak2 kita suka letak dalam poket atau kat poket blakang, punggung dorang jadi tonggek. Bila orang call, cakap srupa sebatu jauhnya.. siap ekspresi tangan dan muka.
  • Waktu dapat IC first time time darjah 6, bangga giler sebab dah dikira dewasa. tapi ic still mak pegang sebab takut ilang. Simpan fotostat dlm wallet..
  • budak laki time darjah 5/6 usha membe2 pompuan tinggi2 gila… tapi bila da masuk tingkatan 1/2 bebudak pompuan surprisingly jadi pendek. Time ni gak suara berubah.
  • Dulu kat area KL, takut dengar pasal cerita hantu susuk. Siap kuar newspaper…Sume time tu takut gile nak kuar umah terutama budak perempuan sebab takut kene isap darah. Pastu macam2 antu
    kuar dalam paper, antu lilin la.. dan macam2 lagi.
  • Ada satu time tu zaman tamiya, sume berebut nak buat tamiya power2 siap kasi letak tayar span la.. tambah kilat la tukar enjin la.. pastu mende tu ilang ntah mana ntah.

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhuhuhu….

# copy and paste :)





Sunday, 5 June 2011

Adik

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen
pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Menyesal by Ressa Herlambang




Ressa Herlambang  Menyesal

Semula Ku Tak Yakin

Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*



Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela


Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu



Back To Reff:* Dan **



Back To Reff:* Dan **



Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu



Apa yang best tentang lagu ni?

Bagi Kent, ada part-part lagu ni yang seakan sama ngan apa yang pernah kent lalui..


Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu


**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela


Lalu Kent teringat pesan seorang kawan..

If you love something, let it go..
If it comes back to you, it`s yours forever.
If it doesn`t,then it was never meant to be.

Lets forget and forgive...